Thursday, 28 November 2013

Halal itu Indah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum:)

Pernah tak kau rasa nikmat menyayangi?
Pernah tak kau rasa nikmat disayangi?

Indahnya perasaan ini. Dan kita simpan di dalam hati.

Bahagianya sehingga membuatkan kita tersenyum sendirian.

Terkadang menangis jua.

Di atas tikar sejadahnya, menangis tak henti meminta pertolongan Ilahi,
Agar dipelihara kasih sayang itu.
Agar kasih sayang itu dikekalkan.
Agar kasih sayang itu tidak diracuni oleh godaan syaitan.
Agar kasih sayang itu suci dengan kasihNya yang Esa.

Kita ada perasaan. Ada hati. Kadang rindu. Kadang sedih.

Halalkanlah perhubungan itu. InsyaAllah, Allah redhai:')

Hati Aku Milik Allah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum:)

Benar. Hati aku milik Allah. Selama-lamanya milik Allah. Andai saja aku ini manusia yang baik. Yang tidak pernah mengotorkan hatiku dengan nama-nama yang belum halal di hatiku. Andai saja aku percaya dan berpegang teguh pada janjiNya.

Sayangnya aku juga manusia biasa. Aku juga ingin menyayangi, dan disayangi. Sehingga hati aku sakit. Perit. Aku tetap tak putus asa mengejar kasih sayang manusia.

Tapi tak layakkah aku untuk disayangi?

Mungkin aku harus bersabar. Janji Allah pasti akan sampai jua. Sesungguhnya, Allah tidak memungkiri janji.

Sabarlah wahai hati. Akhirnya kau pasti bahagia, InsyaAllah:')

Assalamualaikum.

Thursday, 21 November 2013

"Aku tunggu hidayah Allah"

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum!:)

Kenapa kau taknak tutup aurat?
"aku tunggu hidayah Allah"
Kenapa kau tak nak solat?
"tunggulah aku ready nanti"
Kenapa kau tak baca Al-Quran?
"Kalau baca tp x ikhlas tak guna jugak kan?

Macam mana kalau.. kita tak sempat nak tunggu hidayah
Allah?
Macam mana kalau.. kita tak sempat nak tunggu kita ready?
Macam mana kalau.. kita tak sempat nak tunggu kita ikhlas?
Macam mana kalau Allah tarik nyawa kita?

Masa tu nak salahkan siapa? Salahkan takdir? Salahkan Tuhan sebab tak bagi kita hidayah?

Ingatlah, jangka masa kehidupan manusia diibaratkan seperti antara masa iqamat dibacakan dan solat didirikan.

Sesuai dengan membacakan azan di telinga anak Adam yang baru lahir dan pengakhiran hidupnya dikafan dan disembahyangkan.

Pujuklah diri kita, Hawa, untuk menuju keredhaanNya. InsyaAllah, Hidayah, Keikhlasan serta Ketenangan itu, akan Dia berikan jika kita berusaha menuju ke arahNya, InsyaAllah:)
Trust in Allah:)

Have a nice day! ♡
Assalamualaikum:)

You're Listening

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum!:)

Ya Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani,

Jadikanlah kami ini dari golongan
HambaMu yang bertaqwa,
Anak yang solehah,
Pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sukan, kokurikulum,
Sahabat yang setia,
Kekasih yang taat dan penyayang,
Dan insan-insan yang berguna
Serta berjaya di dunia dan di akhirat.

Makbulkanlah permintaan kami ini, ya Allah..
Sesungguhnya, hanya pada Engkau
Kami meminta dan memohon.

Rabbana aatina fiddunya hasanah,
Wa fil akhiratil hasanah
Waqina azabannar
Wassallallahu ala sayyidina muhammad
Wa ala alihi wassahbihi wassalam
Walhamdulillah hirabbil alamin..

Assalamualaikum:)

Third-wheel?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum!:)

Faham kan, apa maksud "third wheel"?
Selalunya orang akan sebut "orang ketiga" atau lebih kasar, "perampas".

Kenang semula, yang menentukan jodoh itu siapa? Allah.
Bukan kita. Bukan saya. Bukan awak.
Dan jodoh itu boleh datang bila-bila masa sahaja.
Tak kira lah samada masa tu kita dah berpunya ataupun belum.
Jadi adilkah, orang yang sebenarnya jodoh untuk kita, kita panggil "perampas"?
Sesuaikah?

Jodoh itu, rahsia Allah. Mungkin pasangan suami isteri sekalipun, belum tentu itu jodoh sebenar, dunia akhirat.
Berdoalah, agar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui.
Jodoh yang dimaksudkan ialah jodoh yang mampu memimpin kita ke syurgaNya.

Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam. Adam perlukan Hawa seperti mana Hawa memerlukan Adam. Masing-masing dicipta untuk menyempurnakan diri masing-masing.

Sama juga seperti sekarang, cuba kita lihat ibu bapa kita. Ayah perlukan ibu untuk melengkapkan kehidupannya, manakala ibu memerlukan ayah untuk menikmati kasih sayang.
Begitu juga dengan kita, Hawa, suatu hari nanti.

Kalau sekiranya "pasangan" kamu, berjumpa dengan seseorang selepas kamu, doakanlah yang terbaik untuknya, juga pasangannya. Sebaik-baik manusia adalah yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya, kan?:)

Mungkin pada masa itu, dia juga mendoakan agar kamu bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik daripadanya. "Seseorang" itulah, yang dinamakan jodoh.

Jangan risau, you're not single, nor taken. Allah is writing you a special love story!
Yang penting, jangan pernah menyayangi seseorang lebih daripada menyayangi Pencipta kamu, Pencipta dia, Pencipta kita semua.

Semoga kita semua dipertemukan dengan Adam yang dicipta oleh Allah untuk menyempurnakan hidup kita, dan kita, untuk menyempurnakan hidupnya, dunia akhirat, InsyaAllah♡

Have a nice day!
Assalamualaikum:)

"Kau tak pernah faham aku!"

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum!:)

Dear Hawa, sebelum kita sebut ayat atas tu, "kau tak pernah faham aku!", cuba tanya diri sendiri balik. Kita pernah faham dia? Kita pernah rasa apa dia rasa? Kita penah nampak apa yang dia nampak?

Tak pernah kan? Then kenapa cakap "kau tak pernah faham aku!" Sedangkan kita pun tak pernah faham dia?

Di saat kita menangis, ketahuilah dia dah seribu kali menangis sebab kita.
Di saat kita mengeluh, ketahuilah dia dah seribu kali mengeluh sebab kita.

Mungkin dia belum bersedia untuk "memahami" kita. Sebab untuk belajar "memahami", perlu ada "kepercayaan".

Kalau kita sendiri tak bersikap jujur dengan dia, dari mana dia nak dapatkan "kepercayaan" tu? Dan dari mana pula dia nak belajar "memahami" kita?

Jikalau betullah, dia tak pernah faham kita sekalipun, yang dekat atas sana tu sentiasa memahami kita. Sentiasa tahu apa kita rasa. Sentiasa nampak apa yang kita nampak.

Jadi, sebelum sebut ayat atas tu, fikir dulu. Kita yang tak sempurna, bukan dia. Kita yang tak memahami, bukan dia. Dia ada hak samada untuk memahami kita ataupun tidak. Dan bergantung juga kepada kamu, untuk memahami dia, atau tidak. So fikir-fikirlah sendiri, just remember, yang terbaik tak datang semudah yang dijangka. Perlu ada pengorbanan, perlu ada kepercayaan, perlu ada kesabaran.

Okay dear?

Dry your tears, hawa. You're so much stronger than who you were yesterday!♡

Have a nice day! Assalamualaikum:)

Be One Of The Happiest, Hawa:)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum:)

Yes Hawa, memang masalah selalu datang. tetapi yang memilih untuk bersedih tu kita. Sedangkan setiap masalah tu ada hikmah di hujungnya. kenapa tak gunakan akal dan hati yang dikurniakan oleh Allah? gunakan akal untuk fikir apa yang dapat dilakukan untuk menyelesaikan masalah tu, dan gunakan pula hati untuk belajar bersabar dan terima hakikat.
Hawa, hati kita Allah yang pegang. Masalah yang datang tu pula Allah yang beri untuk menguji tahap keimanan kita. Allah tidak akan sesekali membebani hambaNya di luar kemampuannya. Itu bermakna, semakin kuat iman kita, semakin beratlah cubaan yang akan Allah berikan. Semua ini dilakukan sebab Allah sayangkan hambaNya. Bukan sebab Allah membenci dan menyisihkan kita. Tak.
Ingatlah, di saat kita menangis, lempar barang sana-sini, 
Allah nampak. 
Allah bersama kita. 
Malaikat mencatat perbuatan kita. 
Jangan cepat marah. Jangan cepat putus asa. 
Cuba tukar semua tu dan lahirkan kesabaran dalam diri kita. 
Bila marah, tukarkan perbuatan lempar barang sana sini tu, kepada Istighfar. Kadang-kadang kita akan rasa ego untuk beristighfar bila kita marah, ketahuilah tu semua kerja syaitan. 
Dah istighfar, cuba duduk. 
Istighfar lagi. kemudian baring. 
Istighfar lagi. 
Selalunya, kebanyakan Hawa akan pejamkan mata sambil menangis dan beristighfar, kemudian tertidur dan bila bangun, mereka akan bangun dengan senyuman. 
Tapi sekiranya masih marah, pergilah ambil wudhu.
Cubalah amalkan. Nampak sikit je kan? tapi sebenarnya banyak perubahannya. 
InsyaAllah, kita akan jadi lebih kuat dan redha dengan ketentuan ilahi.
Jangan sedih-sedih, ingat Allah, dan bersabarlah:)
hehe look at this little hawa! comel je senyum :P macam comel jer, macam comel jer haha :D have a nice day!
Assalamualaikum! :)