Thursday, 21 November 2013

Third-wheel?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum!:)

Faham kan, apa maksud "third wheel"?
Selalunya orang akan sebut "orang ketiga" atau lebih kasar, "perampas".

Kenang semula, yang menentukan jodoh itu siapa? Allah.
Bukan kita. Bukan saya. Bukan awak.
Dan jodoh itu boleh datang bila-bila masa sahaja.
Tak kira lah samada masa tu kita dah berpunya ataupun belum.
Jadi adilkah, orang yang sebenarnya jodoh untuk kita, kita panggil "perampas"?
Sesuaikah?

Jodoh itu, rahsia Allah. Mungkin pasangan suami isteri sekalipun, belum tentu itu jodoh sebenar, dunia akhirat.
Berdoalah, agar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui.
Jodoh yang dimaksudkan ialah jodoh yang mampu memimpin kita ke syurgaNya.

Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam. Adam perlukan Hawa seperti mana Hawa memerlukan Adam. Masing-masing dicipta untuk menyempurnakan diri masing-masing.

Sama juga seperti sekarang, cuba kita lihat ibu bapa kita. Ayah perlukan ibu untuk melengkapkan kehidupannya, manakala ibu memerlukan ayah untuk menikmati kasih sayang.
Begitu juga dengan kita, Hawa, suatu hari nanti.

Kalau sekiranya "pasangan" kamu, berjumpa dengan seseorang selepas kamu, doakanlah yang terbaik untuknya, juga pasangannya. Sebaik-baik manusia adalah yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya, kan?:)

Mungkin pada masa itu, dia juga mendoakan agar kamu bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik daripadanya. "Seseorang" itulah, yang dinamakan jodoh.

Jangan risau, you're not single, nor taken. Allah is writing you a special love story!
Yang penting, jangan pernah menyayangi seseorang lebih daripada menyayangi Pencipta kamu, Pencipta dia, Pencipta kita semua.

Semoga kita semua dipertemukan dengan Adam yang dicipta oleh Allah untuk menyempurnakan hidup kita, dan kita, untuk menyempurnakan hidupnya, dunia akhirat, InsyaAllah♡

Have a nice day!
Assalamualaikum:)

No comments:

Post a Comment