Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum:)
Hawa, hati kita Allah yang pegang. Masalah yang datang tu pula Allah yang beri untuk menguji tahap keimanan kita. Allah tidak akan sesekali membebani hambaNya di luar kemampuannya. Itu bermakna, semakin kuat iman kita, semakin beratlah cubaan yang akan Allah berikan. Semua ini dilakukan sebab Allah sayangkan hambaNya. Bukan sebab Allah membenci dan menyisihkan kita. Tak.
Ingatlah, di saat kita menangis, lempar barang sana-sini,
Allah nampak.
Allah bersama kita.
Malaikat mencatat perbuatan kita.
Jangan cepat marah. Jangan cepat putus asa.
Cuba tukar semua tu dan lahirkan kesabaran dalam diri kita.
Bila marah, tukarkan perbuatan lempar barang sana sini tu, kepada Istighfar. Kadang-kadang kita akan rasa ego untuk beristighfar bila kita marah, ketahuilah tu semua kerja syaitan.
Dah istighfar, cuba duduk.
Istighfar lagi. kemudian baring.
Istighfar lagi.
Selalunya, kebanyakan Hawa akan pejamkan mata sambil menangis dan beristighfar, kemudian tertidur dan bila bangun, mereka akan bangun dengan senyuman.
Tapi sekiranya masih marah, pergilah ambil wudhu.
Cubalah amalkan. Nampak sikit je kan? tapi sebenarnya banyak perubahannya.
InsyaAllah, kita akan jadi lebih kuat dan redha dengan ketentuan ilahi.
Jangan sedih-sedih, ingat Allah, dan bersabarlah:)
No comments:
Post a Comment